SAKIT TEKAK (TONSIL)
Jika anda sakit tekak atau tonsil, kupas bersih sebiji nenas muda dan rendamkan ke dalam air garam semalaman. Seterusnya, kisar sehingga lumat nenas tadi dan tapis. Minum perahan ini sehingga habis dua hari sekali sehingga sembuh.
KENCING BATU KARANG
Untuk meredakan kesakitan akibat kencing batu karang, kupas bersih buah nenas yang separuh masak. Kisar, tapis dan minum sekali setiap hari. Hampasnya pula, tempekkan ke bahagian ari-ari atau ke tempat yang sakit untuk menyejukkannya. Selain itu, jus nenas ini juga dipercayai dapat membantu mengubati masalah jangkitan pada salur kencing.
BENGKAK GUSI
Kiranya gusi anda bengkak mungkin kerana jangkitan atau luka tetapi bukan kerana sakit gigi, tampalkan pada bengkak umbut nenas yang ditumbuk lumat dengan garam. Ganti tempekan lama dengan yang baru mengikut keadaan.
SEMBELIT ATAU PANAS DALAM PERUT
Untuk mengubati sembelit atau masalah panas dalam perut, minum air rebusan setengah biji buah nenas muda bersama air tiga biji buah kelapa muda. Rebus sehing¬ga masak, tapis dan minum segelas dua kali sehari.
RAMBUT BERUBAN
Jika anda masih muda tetapi rambut sudah mulai beruban, cubalah petua berikut. Campurkan 200 cc jus buah nenas manis, 100 cc santan kelapa dan 100 cc jus pera¬han limau purut. Lumurkan ke seluruh rambut dan biarkan selama yang termampu sebelum mencucinya. Di masa yang sama, jangan gunakan apa-apa minyak rambut yang mengandungi bahan kimia. Sebaliknya, gunakan minyak kelapa atau minyak lenga.
TEKANAN DARAH RENDAH
Bagi mengubati masalah tekanan darah rendah, masak 60 gram isi ayam bersama 250 gram nenas ranum (potong halus). Tambah garam mengikut selera dan makan de¬ngan nasi. Amalkan menu ini sehingga tekanan darah kembali normal.
PANAS BADAN
Untuk menyejukkan badan di hari yang panas terik makanlah sepotong nenas manis dengan bercicah garam atau kicap masin. Amalan ini juga baik untuk membantu proses pencernaan. Khabarnya pula, jika ianya dimakan di waktu malam hari, ia meningkatkan syahwat.
SEDUAN
Untuk menghentikan seduan, rebus sehelai daun pokok nenas (pilih yang paling pan- jang) dalam dua liter air. Tapis dan setelah suam, cuba minum sehingga habis sebaik- baiknya dalam satu nafas.
PERINGATAN
Wanita yang mengandung ditegah dari makan nenas muda kerana dikuatiri akan mencacatkan bayi dalam kandungan. Tetapi jika sudah mengidam, carilah buah nenas yang betul-betul masak atau ranum. Namun jangan makan terlalu banyak. Mereka yang mempunyai masalah ulser dalam perut atau gastrik juga dinasihatkan jangan makan nenas yang bersifat tajam. Terlalu banyak makan nenas juga boleh menyebabkan sakit kepala dan menyempitkan salur kencing
Khasiat Nanas
08.57
No comments
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar