Sayuran boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan yang pertama terdiri daripada sayuran jenis daun. Sayuran jenis daun seperti kangkung, bayam, cekur manis (asing-asing) dan yang lainnya akan memberikan unsur-unsur mineral, seperti besi dan kalsium. Sayuran ini juga membekal- kan vitamin A dan vitamin C. Sayuran jenis daun hijau muda, seperti kubis, sawi hijau dan kai lan juga membekalkan zat-zat makanan yang sama.
Contoh-contoh sayuran kekacang antaranya ialah kacang botor/kelisa, kacang panjang, kacang buncis, kacang soya dan kacang hijau. Sayuran ini sangat penting kerana di samping mengandungi zat-zat makanan yang lain, ia juga banyak mengandungi protein. Dengan demikian sayuran jenis ini mustahak dimakan jika sumber protein yang lain, seperti daripada ikan, daging dan telur berkurangan dalam hidangan seharian. Sayuran kekacang ini juga banyak membekalkan vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan badan.
Kumpulan yang ke-4 terdiri daripada sayuran jenis bunga seperti kubis bunga dan brokoli. Penggunaan sayuran ini semakin meningkat di kalangan penduduk Malaysia. Ia biasanya ditanam di kawasan dataran tinggi dan berhawa dingin. Kebanyakan sayuran kubis bunga dan brokoli masih diimport dari Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, baru-baru ini usaha telah dibuat untuk menggalakkan penanaman sayuran jenis ini di kawasan dataran rendah. Beberapa varieti yang sesuai dengan suhu panas, iaitu jenis yang boleh berbunga dalam suhu tersebut telah dikenal pasti untuk panduan para pekebun. Biji benih varieti ini boleh diimport dari Taiwan, Jepun, Australia dan Holland.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar