Tanaman Pegaga



Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda. Di Madagaskar pegaga dikeringkan, dikisar dan digunakan untuk merawat penyakit kusta, asma, sifilis, bronkitis dan luka-luka kulit. Kini pegaga banyak digunakan sebagai ramuan dalam penyediaan ubat-ubatan dan kosmetik di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.

Selain itu pegaga boleh digunakan secara segar sebagai ulam atau diambil air rebusan akar dan daun. la juga telah dijadikan teh herba, minuman tenaga kordial atau diekstrak bahan aktifnya untuk dijadikan pil dan krim.

Pegaga juga boleh hidup di kebanyakan jenis tanah asalkan tanah itu tidak terlalu berpasir atau terlalu liat. Untuk tanaman secara komersial, tanah yang gembur adalah lebih baik untuk memudahkan kerja-kerja memungut hasil. Tanah yang baik ialah tanah yang gembur, subur dan mempunyai bahan organik yang tinggi serta mempunyai saliran yang baik.

Sebelum penanaman, batas-batas tanaman disediakan sama ada seeara manual atau menggunakan bajak putar (rotoridger). Lebar batas iaitu 1.5 m di bahagian bawah manakala lebar permukaan atas batas di antara 1.0 – 1.2 m. Panjang batas adalah mengikut keperluan dan keluasan ladang.

Jarak tanaman yang sesuai ialah 20 cm di antara baris dan 20 cm di antara pokok dalam baris.

Air yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan dan hasil yang baik. Pegaga mempunyai akar yang cetek dan pengairan adalah paling kritikal dalam masa 2 minggu pertama selepas ditanam di ladang. la perlu disiram setiap hari sekiranya tiada hujan. Penyiraman boleh dikurangkan kepada 2-3 hari sekali selepas 2 minggu. Sistem pengairan renjis berputar mikra adalah sesuai untuk tanaman pegaga.

0 komentar:

Posting Komentar

zwani.com myspace graphic comments