Tanaman Manggis



Pokok manggis mempunyai ketinggian yang tidak melebihi dari 12 meter. Batangnya berwarna perang kemerahan manakala daunnya berwarna hijau tua dan berkilau apabila terkena cahaya matahari. Daunnya berbentuk bulat panjang, akuminat, tebal, keras dan 15 hingga 25 cm panjang. Bunganya adalah hermafrodit. la mempunyai petal yang lembut dan sepal yang bentuknya hampir bulat dan rata. Lebar bunga adalah 5 cm. Bunganya tumbuh sendirian atau berpasangan. Jumlah stamennya adalah banyak berbanding dengan ovarinya yang hanya 4 ke 8 sel dengan stigma.
Buah manggis mempunyai rasa yang manis. Bentuknya bulat dan licin. Kulitnya berwarna merah-ungu, keras, tebal dan kuat. Isinya berwarna putih berjumlah 5 ke 7 ulas. Buah manggis ini berukuran 3.8 cm hingga 7.6 cm garispusat dan kulitnya setebal 6 mm.

Pokok manggis boleh hidup dengan baiknya di kawasan tanah rendah tropika. la memerlukan suhu yang tinggi dan keadaan yang lembab.
Pokok manggis berbuah setelah 6 hingga 8 tahun ditanam. la berbuah 2 kali setahun. Purata hasil yang diperolehi bagi pokok yang berumur 7 tahun ialah 60 biji buah sepokok. Hasil akan meningkat hingga ke 1,800 biji buah sepokok pada tahun ke-21.

Kematangan buah boleh dilihat melalui perubahan warna buahnya. Buah manggis mula matang apabila bintik berwarna kemerahan terbentuk pada kulit buah. Seterusnya ia akan bertukar menjadi warna unggu kemerahan kemudian diikuti warna merah sepenuhnya dan akhir sekali merah gelap atau hitam. Penuaian hasil untuk eksport sesuai dibuat bila bintik-bintik kemerahan mula terbentuk. Pada peringkat ini buah boleh disimpan lama dan sesuai untuk pasaran jauh.

Teknik Penuaian

Bush manggis yang terbentuk berpisah antara satu di hujung dahan membuatkan penuaiannya menjadi susah. Semasa memetik buah, jangan biarkan buah terjatuh di atas tanah kerana buah yang tercedera akan menjadi keras. Isi buah juga akan rosak dan bertukar warna daripada putih menjadi perang. Selain daripada itu getah buah juga akan meleleh keluar dari kulit buah yang telah pecah.

Cara yang biasa digunakan untuk memetik buah ialah menggunakan galah. Galah tersebut hendak mempunyai bekas di hujungnya yang boleh menahan buah daripada jatuh. Galah yang mempunyai jaring lebih praktikal untuk kegunaan secara komersil. Galah tersebut ditolak dan buah akan jatuh ke dalam jaring.

0 komentar:

Posting Komentar

zwani.com myspace graphic comments