Pisang terbahagi ke dalam dua golongan utama, iaitu untuk masakan dan untuk dimakan segar. Antara jenis-jenis untuk masakan ialah pisang tandok, nangka dan raja; manakala antara jenis-jenis yang terkenal untuk dimakan segar ialah pisang mas, berangan, rastali dan embun.
Pisang mas mempunyai ciri-ciri istimewa yang memungkinkan ianya dipasarkan ke luar negeri. Jenis ini mudah diusahakan, tahan terhadap Penyakit Panama (Penyakit utama tanaman pisang), dan cepat mengeluarkan hasil (9—11 bulan). Buahnya sangat sesuai untuk dimakan sebagai “pencuci mulut”. Isinya yang manis, harum dan bertekstur halus sangat disukai pengguna.
Pokoknya rendah hingga sederhana tingginya, iaitu antara 2.0—2.5 meter tinggi. Batang palsu (pseudostem) dan pelepah (petioles) berwarna hijau kekuningan.
Ukuran tandannya di kira kecil, berat purata antara 8—12 kilogram dan mempunyai 5—6 sikat. Biasanya setiap sikat mempunyai 15—18 bij’i buah dengan ukuran panjang 9—11 cm dan garispusat 3—4 cm.
Buah pisang mas berkulit nipis dan berwarna kuning bila masak. Isinya pula berwarna kuning keemasan, lembut dan manis.
Jangka masa menanam hingga mengutip hasil adalah antara 9—11 bulan.
Pisang Emas
09.12
No comments
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar